Smiley face

Saturday 19 November 2011

Persediaan Banjir 2011

Pada 18/11/2011, hari terakhir persekolahan 2011. SK Pogoh telah membuat aktiviti mengemas bilik darjah dan bilik-bilik yang pernah dilanda banjir sebelum ini. Persediaan ini dibuat bagi menghindari peralatan dan kemudahan sekolah rosak disebabkan banjir. Kerusi dan meja murid telah dipindahkan ke tingkat 2 bangunan Blok A dan Blok G.


 

Thursday 17 November 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra Tahun 2011

                  Pada 16 November 2011, telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra Tahun 2011 bertempat di Dewan SK Pogoh, Segamat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah. Kehadiran beliau ke Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid dibawah naungan En. Hanafiah Bin Elias, guru muzik SK Pogoh. Persembahan silat telah dipersembahkan kepada tetamu-tetamu terhormat di perkarangan tapak perhimpunan SK Pogoh.
                   Majlis di Dewan SK Pogoh dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Persembahan Tarian Selamat Datang dan Doa pembukaan yang telah dibaca oleh Ustaz Jusoh Bin Mamat. Setelah selesai membaca doa, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Hajah Napsiah Binti Tahir, Guru Besar SK Pogoh. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari YDP PIBG, En. Lamat Bin Abu P.I.S dan kemuncak majlis telah dilengkapkan dengan ucapan dan perasmian oleh Yang Berhormat, Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah.
                   Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil serta hadiah kepada murid-murid dan di selangi dengan persembahan dikir barat, persembahan dari murid Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari.


Ketibaan Yang Berhormat, Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah disambut oleh
Puan Hjh. Napsiah Binti Tahir, Guru Besar SK Pogoh.


Persembahan Silat oleh murid-murid SK Pogoh.


YB Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat berucap dan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan
Konvokesyen Pra Sekolah Tahun 2011.

Created with photobucket slideshow.


Perjalanan majlis anugerah dan penyampaian sijil serta hadiah
kepada murid yang berjaya.




Sunday 13 November 2011

Gotong-royong Cegah AEDES 2011


Pada 12 November 2011, Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah mengadakan Program Gotong-royong Cegah AEDES. Program tersebut melibatkan semua guru dan murid serta staf SK Pogoh. Program dimulakan dengan semua murid berkumpul dan diambil kedatangan. Kemudian, pembahagian kumpulan telah dibuat oleh guru mengikut kawasan sekolah. Tumpuan kerja-kerja pembersihan adalah sampah-sarap, tempat pembuangan sampah dan kawasan takungan air yang menyebabkan pembiakan nyamuk AEDES. Setelah selesai kerja-kerja gotong-royong, guru dan murid dijuadahkan dengan jamuan ringan. Program telah tamat pada pukul 10.30 pagi dan semua bersurai.


Wednesday 9 November 2011

Program Bumi Hijau









Aktiviti menanam pokok di sekitar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.

Monday 7 November 2011

Persaraan En. Abd. Razak Bin Abd. Samad


Bacaan Yassin dan doa selamat.
Sesi Bersalaman dengan murid.
Majlis Persaran & Penyampaian Cenderamata kepada En. Razak.

Ucapan Penyelia Kanan Sukan PPD Segamat
En. Sulaiman Bin Bahrom ( Wakil PPD Segamat )

Penyampaian Cenderamata dari Wakil PPD Segamat.

Hadiah disampaikan oleh wakil guru-guru SK Pogoh.

Majlis Persaraan diakhiri dengan sesi bergambar bersama
semua guru dan staf SK Pogoh, Segamat.