Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat
Monday, 4 July 2011
Larian 1 Murid 1 Sukan
Created with
photobucket slideshow
.
Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah. Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.
Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara. Abdul Ghafar berkata, penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas.
SK Pogoh telah mengadakan
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
pada
2 Julai 2011
yang lalu.
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
ini telah diadakan pada pukul
7.10 pagi hingga 10.00 pagi
. Aktiviti disambung dengan
tayangan CD
. Semua aktiviti berakhir pada pukul
1.00 tengah hari
.
Semua
murid daripada tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas
telah menyertai
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
ini.
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
ini juga melibatkan semua guru SK Pogoh yang dilantik sebagai AJK dan juga sebagai peserta. Larian 1 Murid 1 Sukan ini berlangsung di
Kampung Pogoh 2
.
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
ini juga mendapat sokongan daripada ibu bapa dan PIBG SK Pogoh, Segamat.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment