Smiley face

Saturday 19 November 2011

Persediaan Banjir 2011

Pada 18/11/2011, hari terakhir persekolahan 2011. SK Pogoh telah membuat aktiviti mengemas bilik darjah dan bilik-bilik yang pernah dilanda banjir sebelum ini. Persediaan ini dibuat bagi menghindari peralatan dan kemudahan sekolah rosak disebabkan banjir. Kerusi dan meja murid telah dipindahkan ke tingkat 2 bangunan Blok A dan Blok G.


 

Thursday 17 November 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra Tahun 2011

                  Pada 16 November 2011, telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra Tahun 2011 bertempat di Dewan SK Pogoh, Segamat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah. Kehadiran beliau ke Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid dibawah naungan En. Hanafiah Bin Elias, guru muzik SK Pogoh. Persembahan silat telah dipersembahkan kepada tetamu-tetamu terhormat di perkarangan tapak perhimpunan SK Pogoh.
                   Majlis di Dewan SK Pogoh dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Persembahan Tarian Selamat Datang dan Doa pembukaan yang telah dibaca oleh Ustaz Jusoh Bin Mamat. Setelah selesai membaca doa, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Hajah Napsiah Binti Tahir, Guru Besar SK Pogoh. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari YDP PIBG, En. Lamat Bin Abu P.I.S dan kemuncak majlis telah dilengkapkan dengan ucapan dan perasmian oleh Yang Berhormat, Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah.
                   Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil serta hadiah kepada murid-murid dan di selangi dengan persembahan dikir barat, persembahan dari murid Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari.


Ketibaan Yang Berhormat, Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat, ADUN Kemelah disambut oleh
Puan Hjh. Napsiah Binti Tahir, Guru Besar SK Pogoh.


Persembahan Silat oleh murid-murid SK Pogoh.


YB Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat berucap dan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan
Konvokesyen Pra Sekolah Tahun 2011.

Created with photobucket slideshow.


Perjalanan majlis anugerah dan penyampaian sijil serta hadiah
kepada murid yang berjaya.




Sunday 13 November 2011

Gotong-royong Cegah AEDES 2011


Pada 12 November 2011, Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah mengadakan Program Gotong-royong Cegah AEDES. Program tersebut melibatkan semua guru dan murid serta staf SK Pogoh. Program dimulakan dengan semua murid berkumpul dan diambil kedatangan. Kemudian, pembahagian kumpulan telah dibuat oleh guru mengikut kawasan sekolah. Tumpuan kerja-kerja pembersihan adalah sampah-sarap, tempat pembuangan sampah dan kawasan takungan air yang menyebabkan pembiakan nyamuk AEDES. Setelah selesai kerja-kerja gotong-royong, guru dan murid dijuadahkan dengan jamuan ringan. Program telah tamat pada pukul 10.30 pagi dan semua bersurai.


Wednesday 9 November 2011

Program Bumi Hijau









Aktiviti menanam pokok di sekitar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.

Monday 7 November 2011

Persaraan En. Abd. Razak Bin Abd. Samad


Bacaan Yassin dan doa selamat.
Sesi Bersalaman dengan murid.
Majlis Persaran & Penyampaian Cenderamata kepada En. Razak.

Ucapan Penyelia Kanan Sukan PPD Segamat
En. Sulaiman Bin Bahrom ( Wakil PPD Segamat )

Penyampaian Cenderamata dari Wakil PPD Segamat.

Hadiah disampaikan oleh wakil guru-guru SK Pogoh.

Majlis Persaraan diakhiri dengan sesi bergambar bersama
semua guru dan staf SK Pogoh, Segamat.












 


Friday 23 September 2011

Sambutan Hari Raya SK Pogoh 2011


Pada 23 September 2011 bersamaan 25 Syawal 1432 H, telah diadakan Sambutan Hari Raya 2011
SK Pogoh. Majlis telah dihadiri oleh murid-murid, guru-guru dan wakil PIBG SK Pogoh. Kemeriahan majlis telah diserikan dengan persembahan murid-murid.


Created with photobucket slideshow.

Monday 25 July 2011

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2011

"Ramadhan...Bermulanya Suatu Perubahan"


 
Pada 29 Julai 2011, telah diadakan Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 2011 di Sekolah kebangsaan Pogoh, Segamat.
Pelancaran Ihya' Ramadhan 2011 telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Napsiah Binti Tahir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.  

Monday 4 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan





Created with photobucket slideshow.


Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah. Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.  

           
Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.  Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara. Abdul Ghafar berkata, penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas.

SK Pogoh telah mengadakan LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA pada 2 Julai 2011 yang lalu. LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA ini telah diadakan pada pukul 7.10 pagi hingga 10.00 pagi. Aktiviti disambung dengan tayangan CD. Semua aktiviti  berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Semua murid daripada tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas telah menyertai LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA ini. LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA ini juga melibatkan semua guru SK Pogoh yang dilantik sebagai AJK dan juga sebagai peserta. Larian 1 Murid 1 Sukan ini berlangsung di Kampung Pogoh 2. LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA ini juga mendapat sokongan daripada ibu bapa dan PIBG SK Pogoh, Segamat.