Smiley face

Pendidikan Khas SK Pogoh


Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Program Integrasi Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat Johor telah ditubuhkan pada 14hb  April 2008. Kelas ini menampung pelajar-pelajar yang duduk berdekatan di sekitar Kampung  Pogoh.
Pada masa itu terdapat seorang sahaja pelajar dan ditempatkan dalam sebuah kelas yang berkongsi dengan bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Encik Mohd Masrul bin Anuar dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program tersebut.
           Pada 4 hb Jun 2008, program  telah menerima seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan kelengkapan peralatan pembelajaran. Pada Januari 2009, berlaku pertambahan murid seramai 4 orang. Pada tahun 2010, bilangan murid telah bertambah lagi dan menjadikan  7 orang semuanya. Pada  Jun 2010 program telah mendapat penambahan seorang guru berikutan bilangan murid yang semakin ramai.
           Pada masa ini terdapat seramai 9 orang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran belajar di sekolah ini .Berikutan bilangan murid yang semakin bertambah, program ini telah berpindah ke kelas yang lebih selesa.
           Pihak sekolah sentiasa memberi komitmen tinggi  dalam usaha untuk memberikan pendidikan berkesan ke arah melahirkan golongan berkeperluan khas yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara.

VISI

Menjadikan Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH SEGAMAT CERIA DAN CEMERLANG
MENJELANG 2013

MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas
untuk menjadikan mereka insan yang berjaya dalam hidup dan memberikan
sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

MATLAMAT

Bertujuan untuk melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, nilai-nilai estatika dan sosial agar mereka boleh menjadi
ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF

Bertujuan untuk melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahirankemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, nilai-nilai estatika dan sosial agar mereka boleh menjadi
 ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Kelas Pendidikan Khas



Created with photobucket slideshow.