Smiley face

Monday 29 October 2012

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2012 (KM1M 2012)


Tarikh : 22/10/2012 - 25/10/2012
Tempat : Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.

Program KM1M 2012 berlangsung selama 4 hari. Program ini diadakan adalah bertujuan :
  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan.
  4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan. 
Program galakan tabiat membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah berjaya melaksanakan Program KM1M 2012 dengan lancarnya.

Murid-murid membaca buku.


Murid Pra Sekolah


Wednesday 24 October 2012

READ2012 : ONE NATION READING TOGETHER SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA



Tarikh : 24 Oktober 2012
Tempat : Dewan Terbuka SK Pogoh, Segamat.

Pada 24 Oktober 2012, telah diadakan sesi membaca buku selama 2012 saat ( 33.5 minit ) bagi menjayakan  PROGRAM READ 2012 : ONE NATION READING TOGETHER SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA. Sesi membaca melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat yang terdiri dari Tahun 1-6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Program telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat, Puan Nohrizan Binti Jantan.

 
Dirasmikan oleh Puan Nohrizan Binti Jantan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.










Thursday 18 October 2012

Seminar Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Peringkat Negeri Johor 2012

SEMINAR INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012
ANUGERAH PENGARAH 1 SEKOLAH 1 INOVASI

Tarikh : 17 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Sri Bukit Pasir, Muar, Johor.

Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah dipilih untuk menyertai ANUGERAH PENGARAH 1 SEKOLAH 1 INOVASI dengan membentangkan inovasi Set Fasa-Fasa Bulan yang telah dimurnikan oleh Encik Ibrahim Bin Hussin. Terdapat 20 buah sekolah yang menyertai pembentangan di Dewan SK Sri Bukit Pasir, Muar. Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat merupakan pebentang yang ke-16.


En. Ibrahim sewaktu pembentangan.


Pembentangan Inovasi Set Fasa-Fasa Bulan.
Set Fasa-Fasa Bulan yang dihasilkan.
Cenderahati dan sijil penyertaan.

Friday 12 October 2012

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT 2012

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT KE-43 TAHUN 2012
"SUKAN SATU WAWASAN"

Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang SK Pogoh
Perasmi : Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh.

Pada 11 Oktober 2012 yang lalu, telah diadakan Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat bertempat di Padang SK Pogoh. Sukan telah bermula pada pukul 2.00 petang dengan kehadiran dif jemputan dan ibu bapa murid. Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh. Di awal perjalanan acara sukan, cuaca sangat baik, semasa acara sukaneka Tahun 3, hujan mulai turun dan menjadi lebat. Sukan terpaksa dibehentikan seketika kerana hujan yang sangat lebat dan adanya petir. Setelah hujan reda, acara sukan diteruskan denga acara lari 70 meter & 100 meter. Walaupun hujan lebat, murid bersungguh-sungguh bersaing dalam acara larian. Acara diakhiri dengan pencapaian hadiah oleh dif-dif jemputan dan anugerah olahragawan dan olahragawati serta rumah sukan yang menang.



Kehadiran Dif Jemputan di iringi oleh Guru Besar SK Pogoh, Pn. Nohrizan bte Jantan

En. Sulaiman bin Baharom wakil dari PPD Segamat di iringi oleh Encik Yazid bin Nasir, GPK KK SK Pogoh.

Dif Jemputan di awal majlis Perasmian.
Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh.

Lintas hormat dari rumah-rumah sukan dan unit beruniform.


Guru Besar dan dif jemputan menyambut lintas hormat rumah-rumah sukan dan unit beruniform.

Lintas hormat rumah sukan .
Jamuan Dif-dif Jemputan.
Guru-guru dan kakitangan yang menjayakan Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat Ke-43 Tahun 2012.

Encik Yazid Bin Nasir, GPK KK menyampaikan hadiah kepada murid.



Sukaneka Pendidikan Khas.

Created with photobucket slideshow.
 
 

Thursday 4 October 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT


TARIKH : 28 & 29 SEPTEMBER 2012


  

Wednesday 3 October 2012

Persiapan Sukan

Kerja-kerja membuat lorong larian untuk hari sukan.

Cikgu Yazid mengetuai kerja-kerja membuat garisan.

En. Mohamad di bahagian kawasan lompat jauh.

En. Idris dan Cikgu Norhakim terlibat dalam persiapan hari sukan sekolah.

Wednesday 26 September 2012

Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 1 2013





Taklimat kemasukan Ke Tingkatan 1 2013.

Tarikh : 24 September 2012
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.
Penceramah : En. Loong Foo Tee, Penyelia Petang SMK Paduka Tuan.


Semua murid Tahun 6 terlibat.
Encik Loong Foo Tee sedang menyampaikan taklimat.
Encik Loong Foo Tee sedang menyampaikan taklimat.



Encik Loong Foo Tee sedang menyampaikan taklimat.

Murid dan Guru Tahun 6 terlibat secara langsung dalam proses kemasukan ke tingkatan 1.

Taklimat ini membantu para pelajar untuk mendaftar kelak.

Wednesday 19 September 2012

Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Murid dan Guru bercucuk tanam.

Penglibatan semua murid Tahun 6.

En. Saifuddin Amir memberi tunjuk ajar kepada murid.

En. Hapiz Mahat berkongsi pengalaman.

En. Ibrahim memberi tunjuk ajar kepada murid.

Murid bergotong-royong membuat batas tanaman.

Menyiram tanaman dan kerja membaja.











Monday 10 September 2012

Selamat Menghadapi UPSR 2012


Kepada Semua pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat. Kami Warga SK Pogoh yang terdiri dari kakitangan sokongan dan guru mendoakan kejayaan anda semua dalam menghadapi UPSR Tahun 2012.

Persediaan UPSR







Monday 27 August 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-55. Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun dengan pelbagai aktiviti seperti :
  • Pertandingan Karangan Kemerdekaan 
  • Penilaian Keceriaan Kelas ( Konsep Kemerdekaan )
  • Pertandingan Melukis dan Mewarna
  • Melakar Banting 1 Malaysia
  • Mengilap Minda Kemerdekaan 
  • Membaca & deklamasi puisi, sajak, pantun dan syair.
 



Created with photobucket slideshow.

Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Kami warga Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua terutama guru-guru, para pelajar dan ibu bapa. Berhati-hati ketika pulang ke kampung.

Tuesday 10 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012


Pada 10 Julai 2012, bertempat di Padang SK Pogoh, Segamat telah berlangsung Program Senamrobik 2012. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan Memupuk semangat perpaduan dan nilai-nilai murni yang positif antara murid, guru dan ibu bapa. Selain itu juga ianya dapat melahirkan murid, gur dan ibu bapa yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
 


Created with photobucket slideshow.