Smiley face

Sejarah Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat



Sejarah Sekolah

Asal-usul sekolah ini bermula pada tahun 1931. Orang yang berusaha untuk mendirikan sekolah di Kampung Pogoh ialah Encik Mohamad Alim Bin Jim, Penghulu mukim Pogoh ketika itu.           Selepas itu, sebuah bangunan telah didirikan daripada papan dan atap untuk keperluan pendidikan murid-murid seramai 50 orang dibawah asuhan seorang guru iaitu Encik Montel. Kemudian beliau digantikan oleh  Encik Abdullah Bin Ibrahim. Pada peringkat itu, sekolah ini digelar “Sekolah Rakyat”.
Pada tahun 1936, sekolah ini telah mendapat bangunan papan yang lebih sempurna dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan tertakluk dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor. Serentak dengan itu, namanya telah bertukar dengan rasminya kepada Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat. Semenjak itu, murid-murid di kampong ini   berpeluang menerima pendidikan awal di sekolah ini.
Pada tahun 1987, bangunan papan telah dirobohkan untuk  diganti pula dengan dua buah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Kesemua bangunan itu siap dan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 1988. Setelah beberapa tahun berlalu, pada tahun 2000,  bilangan murid sekolah ini telah meningkat kepada 247 orang dan mempunyai 15 orang guru. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada tahun 1977 bagi memantapkan lagi kerjasama diantara ibu bapa/penjaga dengan guru.
Blok A ( AMANAH )

Bangunan Bilik Darjah pada tahun 1939. Telah dirobohkan dan dibina bangunan baru Blok A ( Amanah ) pada tahun 1988.
Blok A ( Amanah ) digunakan pada tahun 1988.
Blok A ( Amanah ) pada hari ini setelah diubahsuai.

Blok B ( BUDIMAN )


Bangunan Blok B ( Budiman ) sebelum di ubahsuai pada tahun 2009.
Bangunan Blok B ( Budiman ) selepas di ubahsuai pada tahun 2009. Bangun ini menempatkan 3 buah kelas.

Blok C ( CEDEKIAWAN )

Bangunan Bilik Darjah pada tahun 1953, digantikan dengan Blok C ( Cendekiawan ). Bangunan kantin dibina pada tahun 1988.
Blok C (Cendekiawan) Kantin digunakan dari tahun 1988 hingga kini.

Blok D ( DEDIKASI )

Blok D (Dedikasi) dibina pada tahun 1986.

Blok D (Dedikasi) setelah diubahsuai pada tahun 2008. Satu laluan koridor telah dihubungkan antara Blok D ( Dedikasi ) dan bangunan baru Blok G (Gemilang ).

Blok E

Blok E (Makmal Komputer) siap dibina dan digunakan pada 23 Mei 2002
Blok E (Makmal Komputer) pada masa ini.

Blok F

Blok F (Bengkel Kemahiran Hidup) dibina pada tahun 2005.
Blok F (Bengkel Kemahiran Hidup) telah dijadikan stor. Gambar telah diambil selepas sekolah dilanda banjir.

Blok G ( GEMILANG )

Blok G (Gemilang) siap dibina dan digunakan pada 27 Januari 2011.

Blok G (Gemilang) dihubungkan dengan Blok D ( Dedikasi ) dengan laluan koridor di tingkat 2 bangunan.