Smiley face

Monday 29 October 2012

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2012 (KM1M 2012)


Tarikh : 22/10/2012 - 25/10/2012
Tempat : Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.

Program KM1M 2012 berlangsung selama 4 hari. Program ini diadakan adalah bertujuan :
  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan.
  4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan. 
Program galakan tabiat membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah berjaya melaksanakan Program KM1M 2012 dengan lancarnya.

Murid-murid membaca buku.


Murid Pra Sekolah


Wednesday 24 October 2012

READ2012 : ONE NATION READING TOGETHER SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA



Tarikh : 24 Oktober 2012
Tempat : Dewan Terbuka SK Pogoh, Segamat.

Pada 24 Oktober 2012, telah diadakan sesi membaca buku selama 2012 saat ( 33.5 minit ) bagi menjayakan  PROGRAM READ 2012 : ONE NATION READING TOGETHER SEMPENA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA. Sesi membaca melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat yang terdiri dari Tahun 1-6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Program telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat, Puan Nohrizan Binti Jantan.

 
Dirasmikan oleh Puan Nohrizan Binti Jantan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.










Thursday 18 October 2012

Seminar Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Peringkat Negeri Johor 2012

SEMINAR INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012
ANUGERAH PENGARAH 1 SEKOLAH 1 INOVASI

Tarikh : 17 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Sri Bukit Pasir, Muar, Johor.

Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah dipilih untuk menyertai ANUGERAH PENGARAH 1 SEKOLAH 1 INOVASI dengan membentangkan inovasi Set Fasa-Fasa Bulan yang telah dimurnikan oleh Encik Ibrahim Bin Hussin. Terdapat 20 buah sekolah yang menyertai pembentangan di Dewan SK Sri Bukit Pasir, Muar. Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat merupakan pebentang yang ke-16.


En. Ibrahim sewaktu pembentangan.


Pembentangan Inovasi Set Fasa-Fasa Bulan.
Set Fasa-Fasa Bulan yang dihasilkan.
Cenderahati dan sijil penyertaan.

Friday 12 October 2012

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT 2012

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT KE-43 TAHUN 2012
"SUKAN SATU WAWASAN"

Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang SK Pogoh
Perasmi : Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh.

Pada 11 Oktober 2012 yang lalu, telah diadakan Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat bertempat di Padang SK Pogoh. Sukan telah bermula pada pukul 2.00 petang dengan kehadiran dif jemputan dan ibu bapa murid. Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh. Di awal perjalanan acara sukan, cuaca sangat baik, semasa acara sukaneka Tahun 3, hujan mulai turun dan menjadi lebat. Sukan terpaksa dibehentikan seketika kerana hujan yang sangat lebat dan adanya petir. Setelah hujan reda, acara sukan diteruskan denga acara lari 70 meter & 100 meter. Walaupun hujan lebat, murid bersungguh-sungguh bersaing dalam acara larian. Acara diakhiri dengan pencapaian hadiah oleh dif-dif jemputan dan anugerah olahragawan dan olahragawati serta rumah sukan yang menang.



Kehadiran Dif Jemputan di iringi oleh Guru Besar SK Pogoh, Pn. Nohrizan bte Jantan

En. Sulaiman bin Baharom wakil dari PPD Segamat di iringi oleh Encik Yazid bin Nasir, GPK KK SK Pogoh.

Dif Jemputan di awal majlis Perasmian.
Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh.

Lintas hormat dari rumah-rumah sukan dan unit beruniform.


Guru Besar dan dif jemputan menyambut lintas hormat rumah-rumah sukan dan unit beruniform.

Lintas hormat rumah sukan .
Jamuan Dif-dif Jemputan.
Guru-guru dan kakitangan yang menjayakan Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat Ke-43 Tahun 2012.

Encik Yazid Bin Nasir, GPK KK menyampaikan hadiah kepada murid.



Sukaneka Pendidikan Khas.

Created with photobucket slideshow.
 
 

Thursday 4 October 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT


TARIKH : 28 & 29 SEPTEMBER 2012


  

Wednesday 3 October 2012

Persiapan Sukan

Kerja-kerja membuat lorong larian untuk hari sukan.

Cikgu Yazid mengetuai kerja-kerja membuat garisan.

En. Mohamad di bahagian kawasan lompat jauh.

En. Idris dan Cikgu Norhakim terlibat dalam persiapan hari sukan sekolah.