Smiley face

Friday 12 October 2012

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT 2012

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH, SEGAMAT KE-43 TAHUN 2012
"SUKAN SATU WAWASAN"

Tarikh : 11 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang SK Pogoh
Perasmi : Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh.

Pada 11 Oktober 2012 yang lalu, telah diadakan Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat bertempat di Padang SK Pogoh. Sukan telah bermula pada pukul 2.00 petang dengan kehadiran dif jemputan dan ibu bapa murid. Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh. Di awal perjalanan acara sukan, cuaca sangat baik, semasa acara sukaneka Tahun 3, hujan mulai turun dan menjadi lebat. Sukan terpaksa dibehentikan seketika kerana hujan yang sangat lebat dan adanya petir. Setelah hujan reda, acara sukan diteruskan denga acara lari 70 meter & 100 meter. Walaupun hujan lebat, murid bersungguh-sungguh bersaing dalam acara larian. Acara diakhiri dengan pencapaian hadiah oleh dif-dif jemputan dan anugerah olahragawan dan olahragawati serta rumah sukan yang menang.



Kehadiran Dif Jemputan di iringi oleh Guru Besar SK Pogoh, Pn. Nohrizan bte Jantan

En. Sulaiman bin Baharom wakil dari PPD Segamat di iringi oleh Encik Yazid bin Nasir, GPK KK SK Pogoh.

Dif Jemputan di awal majlis Perasmian.
Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Encik Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Pogoh.

Lintas hormat dari rumah-rumah sukan dan unit beruniform.


Guru Besar dan dif jemputan menyambut lintas hormat rumah-rumah sukan dan unit beruniform.

Lintas hormat rumah sukan .
Jamuan Dif-dif Jemputan.
Guru-guru dan kakitangan yang menjayakan Sukan Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat Ke-43 Tahun 2012.

Encik Yazid Bin Nasir, GPK KK menyampaikan hadiah kepada murid.



Sukaneka Pendidikan Khas.

Created with photobucket slideshow.
 
 

No comments:

Post a Comment