Smiley face

Thursday 20 March 2014

Program Unit Pembelajaran Bergerak Pintar


 Program Nasional Pintar 
Program Unit Pembelajaran Bergerak Pintar ( PMLU )

Tarikh : 13 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Perkarangan SK Pogoh

Unit Pembelajaran Bergerak PINTAR ( PMLU ) merupakan sebuah bas yang diubahsuai untuk digunakan sebagai program pembelajaran bergerak bagi pelajar sekolah angkat di bawah program PINTAR. Ianya adalah salah satu Program Nasional Pintar Foundation yang ditawarkan khas kepada sekolah-sekolah yang terlibat tanpa sebarang bayaran.

Unit Pembelajaran Bergerak PINTAR ( PMLU ) Tahun 2014 ini bertemakan " Memupuk Bakat " dan merangkumi enam (6) segmen iaitu Seni Persembahan Robotik, Kuasa Matematik, Sains Yang Menakjubkan,Uji Minda/IQ dan Seni Kreatif. Tema ini dipilih bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar dengan tujuan dapat memupuk bakat dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mempunyai cita-cita tinggi dengan membina kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang.




sk_pogoh1's Lawatan Pintar Foundation album on Photobucket

1 comment:

  1. Good luck for student year 6 sk pogoh 2014
    Nur syafiqa binti ramli

    ReplyDelete