Smiley face

Monday 13 February 2012

Program Galakan Membaca

PROGRAM GALAKAN MEMBACA

Tarikh : 13 Februari 2012
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi 
Tempat : Dewan Terbuka SK Pogoh

Program Galakan Membaca adalah program yang dianjurkan bertujuan memupuk & menyemai minat dan cintakan ilmu di kalangan pelajar. Ia juga dapat memberi galakan kepada pelajar untuk menambah dan menimba ilmu pengetahuan. Matlamat program ini diadakan bagi melahirkan pelajar yang suka membaca dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang tinggi, pelajar akan memperoleh kehidupan yang cerah pada masa hadapan. 

Pelancaran Program Galakan Membaca telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Sabariah bte. Bahanan, Guru Penolong Kanan 1 SK Pogoh dengan menandatangani banner Pelancaran " Program Galakan Membaca ". Aturcara program diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada guru-guru dan kakitangan .




No comments:

Post a Comment