Smiley face

Saturday 11 February 2012

Program Kursus dan Motivasi Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, dan Pembantu SPBT

Pada 11 Februari 2012, satu program telah diadakan bertempat di Dewan SK Pogoh iaitu Program Kursus dan Motivasi Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, dan Pembantu SPBT. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Napsiah bte. Tahir, Guru Besar SK Pogoh, Segamat. Program terbahagi kepada 2 iaitu Sesi Pertama ialah Penerangan mengenai pengurusan dan tugas serta tanggungjawab. Sesi kedua ialah Ceramah dan Motivasi Kepimpinan yang disampaikan oleh En. Mohd. Fadzill b. Haji Satar Kaunselor dari Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Segamat. Program pada hari tersebut berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada setiap peserta. Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengahari.

Created with photobucket slideshow.

No comments:

Post a Comment